Mengenai Plus500™

Plus500 adalah penyedia unggul pasaran untuk Kontrak untuk Perbezaan (CFDs), menawarkan kemudahan perdagangan dalam saham, forex, komoditi, matawang kripto, ETF, pilihan dan indeks, bersama-sama teknologi perdagangan inovatif.

Plus500 logo with fading reflection of the logo

Siapakah Kami

Platform perdagangan Plus500 adalah ditawarkan oleh Plus500CY Ltd. Maka, Plus500CY Ltd adalah penerbit dan penjual produk-produk kewangan yang dihuraikan atau yang boleh didapati di dalam laman web ini. Plus500CY Ltd adalah syarikat yang berpusat di Cyprus dengan pejabatnya terletak di Limassol. Syarikat ini dibenarkan dan diregulasi oleh Suruhanjaya Pertukaran dan Sekuriti Cyprus (CySEC), dengan no. lesen 250/14, untuk menawarkan Kontrak Untuk Perbezaan (CFD) dalam pelbagai produk asas. Syarikat ini adalah pembekal CFD yang berkembang pesat dan kini menawarkan satu portfolio yang melebihi 2000 instrumen. Plus500CY Ltd adalah subsidiari Plus500 Ltd; sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Pasaran Utama bagi Syarikat-Syarikat Tersenarai Bursa Saham London, dan ibu pejabat di Haifa.

Maklumat Syarikat

Wang Pelanggan

Apabila anda membuka akaun, Plus500CY Ltd akan memegang dana anda secara berasingan, berpandukan peraturan wang pelanggan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus.

Perlindungan Wang Pelanggan

Penyedia CFD Berkadar Tertinggi

Plus500 adalah satu aplikasi perdagangan CFD yang mendapat kadar tertinggi di App Store Apple dan Google Play kerana ia mudah untuk digunakan dan berkuasa dalam kebanyakan ciri lanjutannya. Ia juga termasuk CFD di instrumen kewangan popular.

Objektif & Visi

Strategi Kami

Plus500 telah menubuhkan satu asas yang kukuh dari mana ia mempunyai kedudukan yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan masa hadapan. Selama ini keutamaan strategik Plus500 telah membezakan, dan akan terus membezakan Plus500 daripada pesaing-pesaingnya dan menjadi asas kepada kepada kejayaan masa depan Plus500.

Terus memperoleh Pelanggan Baru dan mengekalkan Pelanggan Aktif

Pemasaran Plus500 sendiri adalah merupakan dan terus akan menjadi daya penggerak bagi pertumbuhan Pelanggan Baru dalam pasaran semasa Plus500 dan bidang kuasa baru yang berpotensi.

Initiatif-initiatif pemasaran yang inovatif ini membenarkan Plus500 untuk mengatur sumber-sumber pemasaran bersasaran dan membangun kempen-kempen pemasaran yang efektif melalui pemantauan dan kawalan kos perolehan pelanggan berdasarkan pada alatan analisis data dan algoritma proprietari.

Meningkatkan volum perdagangan daripada Pelanggan Aktif dalam Platform Perdagangan

Fokus Plus500 yang konsisten dalam inovasi, pengalaman pengguna terbaik dalam kelas dan kepelbagaian tawaran adalah unsur-unsur utama bagi meningkatkan aktiviti Pelanggan Aktif dalam Platform Perdagangan. Penekanan dalam inovasi yang berterusan oleh Plus500 membolehkannya kekal sebagai antara yang pertama dalam pasaran untuk melancarkan instrumen-instrumen baru yang diingini oleh pelanggan, seperti ekuiti-ekuiti baru disenaraikan dan berprofil tinggi.

Meningkatkan bahagian pasaran dalam bidang kuasa yang sedia ada dan berkembang ke dalam bidang kuasa baru

Plus500 berniat untuk meningkatkan bahagian pasaran dalam bidang kuasa yang mana ia sedang menawarkan perkhidmatannya dan mengembangkan jangkauan geografinya dari masa ke semasa melalui kemasukan ke dalam bidang kuasa baru, yang mana ia tidak mempunyai pelanggan pada masa ini, dan dengan mengfokus pada memperoleh Pelanggan Baru dari pasaran-pasaran yang dikawal selia, terutamanya Pelanggan Baru yang menetap dalam negara-negara Eropah Barat.

Pengekalan kepimpinan dalam inovasi dan Penyelidikan & Pembangunan (“R&D”)

Sejak penubuhannya, Plus500 telah memberi penekanan yang besar dalam kemajuan teknologi dan inovasi yang berterusan.

Syarikat ini faham akan keperluan untuk membangun dan mengatur instrumen-instrumen inovatif dan baru sebagai sebahagian daripada strateginya untuk terus membina suatu pengkalan pelanggan yang setia.

Plus500 adalah peneraju industri dalam sektor CFD dalam inovasi bimbit dan kepuasan pelanggan.

Terus mengoptimumkan model operasi kami demi memajukan prestasi kewangan

Pelaburan dan pembangunan Mesin Pemasaran yang berterusan akan membolehkan Plus500 untuk meningkatkan keupayaannya untuk memperolehi Pelanggan Baru secara efisyen dan kos efektif.

Sifat teknologi proprietari Plus500 membolehkannya untuk berkembang ke geografi baru tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal di dalam pasaran-pasaran tersebut, yang akan menghadkan perbelanjaan modal yang diperlukan untuk meningkatkan jangkauan geografinya.

Visi Kami

Menjadi pembekal CFD global no.1 sementera meneraju dalam teknologi dan inovasi, dan menarik pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada.

Batu penanda utama

Plus500 telah ditubuhkan dalam 2008. Platform Perdagangan ini membenarkan pelanggan-pelanggan untuk berdagang atas pergerakan harga saham, matawang kripto, indeks, komoditi, forex, ETF dan pilihan, tanpa perlu membeli atau menjual instrumen asas.
  • 2008 Syarikat Kumpulan Plus500 yang asal telah ditubuhkan, melancarkan platform dagangan dalam talian berasaskan PC.
  • 2009 Kumpulan Plus500 adalah syarikat pertama dalam dunia untuk menawarkan CFD bagi saham tanpa komisen.
  • 2010 Kumpulan Plus500 melancarkan versi berasaskan web, membolehkan Mac, Linux dan pengguna telefon pintar dalam talian.
  • Kumpulan Plus500 memperkenalkan ETF ke dalam portfolio perdagangannya.
  • 2011 Kumpulan Plus500 mempunyai lebih daripada 2,000,000 transaksi setiap bulan.
  • Kumpulan Plus500 melancarkan app iPhone dan iPad yang membolehkan kawalan penuh pada bila-bila masa.
  • Kumpulan Plus500 adalah app perdagangan CFD yang berkadar yang tertinggi di App Store Apple.
  • Kumpulan Plus500 meluaskan portfolio antarabangsanya dengan menawarkan lebih 1000 saham yang berbeza daripada pilihan pasaran global yang luas.
  • 2012 Kumpulan Plus500 memperkenalkan app untuk telefon pintar dan tablet Android.
  • Kumpulan Plus500 menetapkan matlamat untuk menjadi syarikat perdagangan CFD #1 dalam dunia.
  • 2013 Plus500 Ltd disenaraikan diAIM seksyen Bursa Saham London.
  • Kumpulan Plus500 memperkenalkan CFD Bitcoin yang pertama di dunia.
  • 2014 26 Februari - Plus500 Ltd penilaian pasaran dalam AIM seksyen bursa saham London mencapai $ 1,000,000,000 USD.
  • Memperkenalkan 'Renti Terjamin'.
  • 2015 Kumpulan Plus500 menandatangani perjanjian tajaan dengan juara kelab bola sepak Sepanyol Atlético de Madrid.
  • Mac - App Windows ditambah kepada aplikasi Android iOS yang sedia ada.
  • 2016 Plus500 menambah CFD atas Pilihan dan memperkenalkan fungsi peralihan(rollover).
  • Kumpulan Plus500 melancarkan Pedagang Web yang baru, sesuai bagi kedua-dua desktop dan peranti bimbit.
  • 2017 Kumpulan Plus500 menandatangani perjanjian penajaan utama dengan “Plus500 Brumbies”, Jojan Persidangan Super Ragbi Australia 2017.
  • 2018 Saham biasa Plus500 Ltd adalah tersenarai bagi perdagangan dalam Pasaran Utama bagi Syarikat-Syarikat Tersenarai Bursa Saham London.
  • Plus500 Ltd menyertai indeks UK FTSE 250 bagi syarikat-syarikat permodalan sederhana tersenarai yang terkemuka.
  • 2019 Plus500 menambah pelbagai ciri-ciri mencarta yang canggih untuk analisis teknikal, termasuk banyak penunjuk-penunjuk dan alatan melukis.

Plus500CY Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (250/14).
Plus500CY Ltd ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di Cyprus (No Syarikat HE 333382) dalam pengkhususan Kontrak Beza Harga (CFDs) komoditi, saham, mata wang dan indeks.

Alamat Pejabat

Plus500CY Ltd, 1 Siafi Street | 3042 Limassol

Proses Pengaduan

Sebagai sebuah firma pelaburan di bawah seliaan CySEC kami mempunyai kewajipan untuk melaksanakan prosedur-prosedur bagi pengendalian Aduan Pengguna dengan adil dan serta-merta. Anda boleh menyerahkan sebarang Aduan yang anda ada yang berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Plus500CY Ltd melalui halaman Hubungi Kami pada laman sesawang kami, dialamatkan kepada Jabatan Sokongan Pelanggan. Halaman ini juga boleh dicapai melalui menu “Help” pada Platform Dagangan Plus500. Sila pastikan untuk memasukkan perkataan “Aduan” pada ruangan Subjek borang ‘Contact Us’.

Kami akan menghantar satu perakuan bertulis bagi aduan anda dengan segera sejurus selepas penerimaan. Maklumat lanjut mengenai Prosedur Pengendalian Aduan boleh didapati pada Klausa 32 Perjanjian Pengguna.

Komunikasi dengan pelanggan dan pendekatan yang tidak diminta

Bagi berkomunikasi dengan Plus500, para pelanggan perlu mengisi borang yang boleh didapati dalam laman "Hubungi Kami" ("Borang Permintaan"). Berikutan penghantaran Borang Permintaan, balasan daripada Plus500 akan dihantar secara e-mel terus kepada alamat e-mel pelanggan yang dinyatakan di dalam Borang Permintaan.
Hanya e-mel yang diterima daripada domain plus500.com atau daripada domain plus500.com.cy adalah komunikasi e-mel sah daripada Plus500. Sebarang e-mel lain yang mendakwa daripada Plus500 hendaklah dianggap sebagai palsu.

Carta-carta kewangan 3D di atas satu tablet

Rakan Kongsi Kami

Sokongan 24/7
Perlukan Bantuan?
Sokongan 24/7