Status-status pengeluaran

Pada kebiasaannya tempoh masa pemprosesan permintaan pengeluaran adalah dalam satu hari perniagaan, yang mana dalam tempoh masa ini, permintaan pengeluaran akan melalui beberapa peringkat. Anda boleh mengikuti status pengeluaran anda dibawah“Pengurusan Dana” → “Sejarah Kewangan”:

Permintaan – Ini adalah peringkat permulaan dan bererti anda telah meminta untuk mengeluarkan dana daripada akaun perdagangan anda, tetapi pembayaran belum diproses. Jika anda ingin, anda masih boleh membatalkan permintaan pengeluaran anda pada peringkat ini dengan mencapai “Pengurusan Dana” → ”Sejarah Kewangan” dan klik pada "Batal Pengeluaran".
Telah Diluluskan (Dalam perlaksanaan) – Peringkat ini bererti pengeluaran anda telah diluluskan oleh Plus500, tetapi dana ini belum dihantar ke pihak pemproses pembayaran luar yang berkaitan.
Telad Diluluskan Telah Dihantar – Peringkat ini bererti dana telah dihantar oleh kami ke pihak pemproses pembayaran luar.
Telah Diluluskan Telah Diselesaikan – Peringkat terakhir ini bererti proses pengeluaran telah dilengkapkan. Sungguhpun begitu, dana mungkin tertakluk kepada kelewatan penjelasan oleh pihak pemproses pembayaran.

Ketika masa pemprosesan sehingga permintaan pengeluaran berada di dalam status 'Telah Diluluskan (Dalam Perlaksanaan)', permintaan pengeluaran ini boleh dibatalkan oleh anda. Sehingga permintaan pengeluaran ini di dalam status 'Telah Diluluskan Telah Diselesaikan', ia boleh dibatalkan oleh Plus500 dan boleh digunakan untuk memenuhi liabiliti anda bagi sebarang transaksi yang dilengkapkan dalam masa tersebut.

Tidak dapat menemui jawapan kepada soalan anda? Hubungi Kami!
E-mel

CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi dalam kerugian wang dengan pantas disebabkan oleh leveraj. 76.4% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD bersama pembekal ini. Anda patut mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi dalam kerugian wang anda.